Wednesday, September 17, 2014

BELUM KIAMAT

Terasa dunia belum kiamat
masing-masing masih berebut pangkat
ada yang tidak buat ibadat
ramai yang tidak ambil berkat

Ada juga menjadi tupai
pandai melompat tapi jatuh juga ke tanah keramat
ada yang jadi kerbau
dicucuk hidung tapi masih kuat
menarik andur muatan berat.

Ada yang jadi lembu 
bukan pandai tapi bodoh nak mampus.

Rasanya 
dunia belum mahu kiamat.

- ilham syakima,
18 September 2014

No comments: