Thursday, April 2, 2009

CINTA DAN SANDIWARA

Ada orang mengatakan:
Hidup hari ini,
dan bercinta pada hari esok.

Hidup pada hari ini
dan bercinta pada hari esok?

Adalah pendapat paling bodoh.
Cinta bukan perkara main-main
dan apa yang berlaku hari ini
bakal menjadi kenangan esoknya
dan kenangan akan menjadi sejarah akhirnya.

Cinta mahu dijadikan sejarah
riwayat luka ibarat ceritera bangsawan
akhirnya menjadi sandiwara buana
dipertonton dan ditertawakan?

Itu adalah sketsa paling bodoh!

No comments: