Monday, October 26, 2009

MENCARI BAHAGIA



(Inikah kebahagian yang dicari?)

1. Orang sering mendoakan kebahagiaan. Orang sering mengharapkan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ada juga orang berkata, bahagialah hingga ke anak cucu.

2. Tetapi apa itu bahagia? Bagaimana kehidupan yang dikira bahagia? Bagi orang yang tidak mempunyai anak, tentulah mengharapkan kebahagiaan itu datangnya dengan adanya seorang anak. Bagi orang yang tidak mempunyai harta, tentulah mengharapkan mendapat sedikit harta untuk kebahagiaannya. Bagi orang yang tidak sihat, dia mengharapkan kesdihatan yang akan memberi kebahagiaan kepadanya.

3. Bahagia adalah satu suasana senang dan aman, aman damai serta gembira. Itulah bahagia sebenarnya. Berbahagialah kita seandainya hidup kita senang dan aman. Tiada apa yang perlu diikirkan dan tiada sebarang masalah menghantui hidup kita. Itulah bahagia. Seseorang itu dikira sangat bahagia andainya dia mendapat kesenangan dan beroleh keberuntungan dalam hidupnya.

4. Jadi, bahagia bergantung kepada keperluan sesorang. Kebahagiaan tidak sama pada semua orang. Carilah kebahagiaan kita sendiri tanpa meniru orang lain mencari bahagia.

No comments: